KEBAJIKAN & MARUAH WANITA TANGGUNGJAWAB KAMI

KEM MODAL INSAN KEWAJA:
Bersedia membantu gadis dan wanita yang mengalami masalah peribadi yang agak serius terutama mereka yang menjadi mangsa aktiviti maksiat atau sosial yang terlampau antaranya mereka yang terlanjur dan akhirnya hamil luar nikah.
KEWAJA telah berpengalaman lebih 25 tahun (Bermula Tahun 1988) didalam mengendalikan masalah ini. Dalam keadaan sekarang, dimana masalah sosial atau lebih tepat lagi "Bencana Sosial", sesungguhnya semua pihak harus menyumbangkan sebarang idea, tenaga atau apa jua disamping memainkan peranan masing-masing kearah membasmi atau mengurangkan masalah ini.
Sekarang bukan masa atau eranya lagi untuk kita menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak atau individu sebagai penyebab masalah sosial sekarang, apa yang penting adalah sikap, peranan dan tanggungjawab kita kearah memberikan sesuatu agar budaya yang amat menakutkan ini semakin kurang malah tidak berlaku lagi.
Kepada yang memerlukan sebarang bentuk bantuan agar masalah anda dapat diselamatkan atau berada dalam keadaan yang selesa, anda boleh hubungi;
KEM MODAL INSAN KEWAJA
No.19, Jln SG 5/4, Tmn. Sri Gombak
68100 Bt. Caves, Selangor.
Tel: 03-40254755  013-3384868 (24 Jam)
  
ANTARA MASALAH UTAMA YANG KAMI BERIKAN TANGGUNGJAWAB
1. Menyelamat, melindungi, membimbing, merawat dan memulihkan gadis dan wanita yang hamil luar nikah atau hamil tampa suami yang sah dan ditinggalkan lelaki.
2. Menyelamat dan membimbing gadis atau remaja yang terlibat didalam aktiviti sosial yang tidak bermoral agar mereka kembali kepangkal jalan atau dalam masyarakat.
3. Menyelamat dan melindungi wanita yang didera atau ditinggal suami.
4. Membantu gadis atau wanita yang mengalami tekanan emosi yang teruk.
Insya'Allah, bantuan kami adalah ikhlas dan perkhidmatan ini adalah sebahagiaan daripada sumbangan sosial-kebajikan kami. Kami tidak berkonsepkan komersial.

Comments

voice out !!! said…
ni semua menipu lebih !!! hurm lau apsal takut g court ???? kan dh kne waran tangkap ... doa org yang dianiaya mudah termakbul .. sbb tu kewaja kena sita.. sbb dh aniaya org sgt... suka sgt pisahkan anak dgn ibu kandung ....
pn. as said…
Boleh sy tahu kos utk ambil ank angkat

Popular posts from this blog

KEMPEN SEPANJANG HAYAT SELAMATKAN WANITA KITA