Posts

LAPURAN MEDIA; Temubual Wartawan dengan pelatih Kewaja

Image

KAMI INGIN BUKTIKAN SELAMA 25 TAHUN, KAMI TAK SALAH, KAMI MEMBANTU KERAJAAN

Image

Saya nak berubah, tapi sukar

Image
Saya nak berubah, tapi sukar Kepada semua remaja terutama gadis dan wanita, berhati-hati mendampingi lelaki, jangan sampai jadi begini. Sesungguhnya, lelaki yang benar benar jujur, ikhlas, beriman, bertanggungjawab dan mencintai anda, lelaki itu tak akan mengheret anda kelembah maksiat.

Suki, Ziana Zain, Jaclyn Victor Hiburkan Remaja Kewaja

Suki, Ziana Zain, Jaclyn Victor Hiburkan Remaja Kewaja

JAGA JAGA ANAK DARA ATAU ADIK SUNTI ANDA

Bulan 12 ini cuti panjangdan banyak pula hari-hari cuti yang agak special. Menurut rekod Kewaja dari tahun tahun yang berlalu selama 25 Tahun pengalaman berdepan dengan masalah sosial, biasanya bulan 12 inilah antara bulan yang akan membuahkan hasil ANAK TIDAK SAH TARAF. Antara 3 ke 7 bulan akan datang, bilangan kes penghuni KEWAJA akan menampakkan penambahan, akibat dari aktiviti tidak bermoral yang mereka lakukan pada bulan 12 ini. OK, adakah kita masih ingin menuding jari untuk menyalahkan pihak atau induvidu tertentu, atau kita sama-sama fikir dan rancangkan, dimanakah peranan & tanggungjawab kita bersama kearah membantu mengurang atau menyelesaikan masalah ini. Renungkan & Fikirkan, akhirnya sumbangkan pendapat juga buah fikiran. untuk faedah kita bersama.

KEMPEN SEPANJANG HAYAT SELAMATKAN WANITA KITA

BERSAMA MEMBENTERAS MAKSIAT SELAMATKAN WANITA  KITA: Masalah sosial semakin serius. Bilangan gadis dan wanita yang terperangkap dalam aktiviti tidak bermoral semakin ramai. Di Kem Modal Insan Kewaja sahaja, sejak 1988 telah lebih 2565 wanita kami bantu dan selamatkan. Maka, saya menyeru kepada semua pihak agar dapat merancang sesuatu yang lebih berkesan kearah mengurangkan masalah sosial yang menakutkan ini. Sekarang bukan masanya lagi untuk kita menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Apa yang berlaku adalah bencana maksiat, kerana masalah sosial semakin menular dan membimbangkan. Ianya sama seperti H1N1 atau masalah ini memang H1N1 (Hawa Nafsu) - Bencana Ledakan Hawa Nafsu yang tidak terkawal. Aktiviti sosial yang terlampau semakin serius, perzinaan dimana-mana dan dituruti dengan agenda pengguguran haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang terlibat, menjadi mang...