KEMPEN SEPANJANG HAYAT SELAMATKAN WANITA KITA

BERSAMA MEMBENTERAS MAKSIAT SELAMATKAN WANITA  KITA:


Masalah sosial semakin serius. Bilangan gadis dan wanita yang terperangkap dalam aktiviti tidak bermoral semakin ramai. Di Kem Modal Insan Kewaja sahaja, sejak 1988 telah lebih 2565 wanita kami bantu dan selamatkan. Maka, saya menyeru kepada semua pihak agar dapat merancang sesuatu yang lebih berkesan kearah mengurangkan masalah sosial yang menakutkan ini.

Sekarang bukan masanya lagi untuk kita menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Apa yang berlaku adalah bencana maksiat, kerana masalah sosial semakin menular dan membimbangkan. Ianya sama seperti H1N1 atau masalah ini memang H1N1 (Hawa Nafsu) - Bencana Ledakan Hawa Nafsu yang tidak terkawal.

Aktiviti sosial yang terlampau semakin serius, perzinaan dimana-mana dan dituruti dengan agenda pengguguran haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang terlibat, menjadi mangsa ledakan hawa nafsu tidak terkawal terus hamil luar nikah, maka berlaku pula kes pembuangan bayi yang seakan tiada penghujung dan makin bertambah.

Di KEWAJA sendiri bilangan pelatih yang hamil luar nikah semakin bertambah. Sejak di tubuhkan 25 Tahun lalu masalah yang dirujuk kepada KEWAJA tidak pernah berkurangan.

Bersamalah dengan kami, Selamatkan Wanita & Remaja Kita - Wanita didahulukan maruah diutamakan. Kebajikan & maruah wanita adalah tanggungjawab kita bersama.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAJIKAN & MARUAH WANITA TANGGUNGJAWAB KAMI